Sunday, 20 October 2013


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. ^_^

Pelarasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ) 1 Sekolah, 1 Subjek, 1 Guru - Kohot 2
 Tahun 2013
Hotel  Grand Continental, Kuala Lumpur
Maznah Bt Abu Bakar, Ketua Sektor SPP ( JPNS )
17 - 19 Oktober 2013

Antara isu utama yang diketengahkan oleh Pn. Maznah Bt Abu Bakar, Ketua Sektor SPP ( JPNS ) ialah:
 1) Assessment Of Learning ( AOL )
2) Assessment For Learning ( AFL )
3) Assessment As Learning ( ASL )

Saya rasa amat berbesar hati sekiranya dapar berkongsi ilmu ini dengan semua guru dan mengaplikasikannya ke dalam Pengajaran, Pembelajaran dan Pentaksiran ( PPdP ). Apatah lagi selepas ini potensi guru akan dinilai berdasarkan keberhasilan murid melalui PBPPP.

" Guru yang hebat adalah guru yang memberi inspirasi ". Itulah muqaddimah atau kata peransang untuk peserta. Cukup untuk membuat saya rasa terkesan dan sempat bermuhasabah. 

Guru Yang Berkualiti :
1. Sentiasa mencari pengetahuan, kemahiran dan sikap yang sesuai untuk melaksanakan pentaksiran yang berkesan. Tiga perkara ini tidak boleh dipisahkan kerana jika kurang satu darinya, maka guru itu tidak lah dikira berkualiti. 

Kita mungkin terlepas pandang tentang perkara ini kerana faktor peningkatan taraf hidup, campur tangan dari pihak-pihak tertentu menjadi satu kekangan untuk kita menjadi guru yang berkualiti. Namun harus diingat, masalah dan cabaran adalah perkara biasa untuk menjadi manusia yang hebat!

Ketua Sektor ( KS ) sempat bertanya kepada peserta tentang 6 Murid Aspirasi Negara dan anda wajar mengingatinya kerana jika anda menghadiri mana2 kursus selepas ini, pasti anda akan ditanya semula. Apatah lagi anda adalah seorang guru!

6 Murid Aspirasi Negara:
1) Pengetahuan dalam Mata Pelajaran tertentu
2) Kemahiran Berfikir
3) Kemahiran Dwi Bahasa
4) Kemahiran Kepimpinan
5) Etika dan Ketohanian
6) Identiti

Sekarang, jom kita study tentang 3 jenis pentaksiran.

1) Assessment Of Leaning ( AOL ) - Pentaksiran Terhadap Pembelajaran
 Pentaksiran jenis ini telah lama dilaksanakan oleh guru dan lebih berorientasikan ujian dan peperiksaan. Malahan ia bertujuan untuk membandingkan murid A dan B. Dan sehingga kini masih ramai di kalangan guru menggunakan kaedah AOL.

Antara kepentingan AOL  ialah:
1)  Digunakan untuk memastikan murid dapat mendemonstrasikan samada mereka berjaya mendapat maklumat atau memahami kehendak kurikulum.
2)   Mendapatkan maklumat yang tepat dan bermakna terhadap kebolehan murid
3) Memastikan murid boleh menggunakan maklumat yang diperolehi  untuk membuat keputusan yang tepat.

 AOL merupakan pentaksiran sumatif untuk melihat apa yang murid tahu dan boleh lakukan

2) Assessment For Learning ( AFL ) - Pentaksiran Untuk Pembelajaran
Proses untuk mencari dan menginterpretasikan eviden untuk kegunaan murid dan guru bagi membuat keputusan tentang :

i) Di tahap mana murid dalam pembelajaran
ii ) Di tahap mana murid perlu kuasai / capai
iii) Kaedah terbaik untuk mencapainya

Peningkatan prestasi pembelajaran murid hanya berlaku apabila murid faham tujuan pembelajaran mereka, tahap mana mereka berada dan apa yang harus mereka lakukan untuk mencapai prestasi terbaik.

Kaedah ini digunakan oleh guru untuk mendapat informasi tertentu untuk mempelbagaikan aktiviti PdP, mengenalpasti corak dan kaedah yang diambil dan diikuti oleh murid. Ia memerlukan perancangan dan ketilitian guru supaya keputusan yang dapat bukan sahaja apa yang diketahui oleh murid tapi turut mendapat pandangan mendalam bagaimana, bila dan boleh diaplikasi oleh murid atau tidak. 


3) Assessment As Learning ( ASL ) - Pentaksiran Sebagai Pembelajaran
Pentaksiran sebagai pembelajaran merujuk kepada penggunaan pentaksiran kendiri secara berterusan oleh murid untuk memantau pembelajaran kendiri mereka. Ia bercirikan "murid mebuat refleksi dan menggunakan maklumbalas yang diperolehi untuk membuat pembetulan, pengubahsuaian atau pertukaran terhadap pemahaman  mereka untuk mencapai kefahaman yang lebih jelas".

ASL bertujuan untuk menyokong metagognisi  ( memikir atau mencari jawapan  kepada pemikiran sendiri ). Kemenjadian murid boleh diukur melalui keupayaan mereka mengesan informasi dan maklumat, dan menghubungkait antara informasi dan maklumat kepada pengetahuan berkaitan untuk digunakan dalam pembelajaran 

Kenapa AFL dan ASL?

Menurut Pn. Maznah, dari sumber bahan yang diperolehinya, guru lebih mementingkan pemberian markah atau hanya merekodkan markah daripada menggunakan hasil pentaksiran untuk membaiki atau meningkatkan pembelajaran murid.

Menurut beliau lagi, hasil kajian dari Struyf dan rakan2 ( 2001 ) menyatakn terdapat 3 golongan guru:

1) Beri markah dan kembalikan kertas ujian
2) Beri markah dan bincang dengan sedikit bagaimana untuk mendapatkan jawapan.
3) Bincang dengan panjang lebar bagaimana untuk mendapatkan jawapan, libatkan murid dalam proses kognitif dan sumbang saran dan gunakan dapatan untuk merancang pembelajaran akan datang.

Kami turut diberi perkongsian ilmu tentang  Strategi Pentaksiran AFL dan ASL, Teknik Penyoalan dan Maklum Balas Berkesan. In sya Allah akan saya sambung bila sampai masanya.. Semoga perkongsian ini memberi input yang berguna. Sebarang kesalahan maklumat harap dimaklumkan ^-^