Sunday, 20 October 2013


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. ^_^

Pelarasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ) 1 Sekolah, 1 Subjek, 1 Guru - Kohot 2
 Tahun 2013
Hotel  Grand Continental, Kuala Lumpur
Maznah Bt Abu Bakar, Ketua Sektor SPP ( JPNS )
17 - 19 Oktober 2013

Antara isu utama yang diketengahkan oleh Pn. Maznah Bt Abu Bakar, Ketua Sektor SPP ( JPNS ) ialah:
 1) Assessment Of Learning ( AOL )
2) Assessment For Learning ( AFL )
3) Assessment As Learning ( ASL )

Saya rasa amat berbesar hati sekiranya dapar berkongsi ilmu ini dengan semua guru dan mengaplikasikannya ke dalam Pengajaran, Pembelajaran dan Pentaksiran ( PPdP ). Apatah lagi selepas ini potensi guru akan dinilai berdasarkan keberhasilan murid melalui PBPPP.

" Guru yang hebat adalah guru yang memberi inspirasi ". Itulah muqaddimah atau kata peransang untuk peserta. Cukup untuk membuat saya rasa terkesan dan sempat bermuhasabah. 

Guru Yang Berkualiti :
1. Sentiasa mencari pengetahuan, kemahiran dan sikap yang sesuai untuk melaksanakan pentaksiran yang berkesan. Tiga perkara ini tidak boleh dipisahkan kerana jika kurang satu darinya, maka guru itu tidak lah dikira berkualiti. 

Kita mungkin terlepas pandang tentang perkara ini kerana faktor peningkatan taraf hidup, campur tangan dari pihak-pihak tertentu menjadi satu kekangan untuk kita menjadi guru yang berkualiti. Namun harus diingat, masalah dan cabaran adalah perkara biasa untuk menjadi manusia yang hebat!

Ketua Sektor ( KS ) sempat bertanya kepada peserta tentang 6 Murid Aspirasi Negara dan anda wajar mengingatinya kerana jika anda menghadiri mana2 kursus selepas ini, pasti anda akan ditanya semula. Apatah lagi anda adalah seorang guru!

6 Murid Aspirasi Negara:
1) Pengetahuan dalam Mata Pelajaran tertentu
2) Kemahiran Berfikir
3) Kemahiran Dwi Bahasa
4) Kemahiran Kepimpinan
5) Etika dan Ketohanian
6) Identiti

Sekarang, jom kita study tentang 3 jenis pentaksiran.

1) Assessment Of Leaning ( AOL ) - Pentaksiran Terhadap Pembelajaran
 Pentaksiran jenis ini telah lama dilaksanakan oleh guru dan lebih berorientasikan ujian dan peperiksaan. Malahan ia bertujuan untuk membandingkan murid A dan B. Dan sehingga kini masih ramai di kalangan guru menggunakan kaedah AOL.

Antara kepentingan AOL  ialah:
1)  Digunakan untuk memastikan murid dapat mendemonstrasikan samada mereka berjaya mendapat maklumat atau memahami kehendak kurikulum.
2)   Mendapatkan maklumat yang tepat dan bermakna terhadap kebolehan murid
3) Memastikan murid boleh menggunakan maklumat yang diperolehi  untuk membuat keputusan yang tepat.

 AOL merupakan pentaksiran sumatif untuk melihat apa yang murid tahu dan boleh lakukan

2) Assessment For Learning ( AFL ) - Pentaksiran Untuk Pembelajaran
Proses untuk mencari dan menginterpretasikan eviden untuk kegunaan murid dan guru bagi membuat keputusan tentang :

i) Di tahap mana murid dalam pembelajaran
ii ) Di tahap mana murid perlu kuasai / capai
iii) Kaedah terbaik untuk mencapainya

Peningkatan prestasi pembelajaran murid hanya berlaku apabila murid faham tujuan pembelajaran mereka, tahap mana mereka berada dan apa yang harus mereka lakukan untuk mencapai prestasi terbaik.

Kaedah ini digunakan oleh guru untuk mendapat informasi tertentu untuk mempelbagaikan aktiviti PdP, mengenalpasti corak dan kaedah yang diambil dan diikuti oleh murid. Ia memerlukan perancangan dan ketilitian guru supaya keputusan yang dapat bukan sahaja apa yang diketahui oleh murid tapi turut mendapat pandangan mendalam bagaimana, bila dan boleh diaplikasi oleh murid atau tidak. 


3) Assessment As Learning ( ASL ) - Pentaksiran Sebagai Pembelajaran
Pentaksiran sebagai pembelajaran merujuk kepada penggunaan pentaksiran kendiri secara berterusan oleh murid untuk memantau pembelajaran kendiri mereka. Ia bercirikan "murid mebuat refleksi dan menggunakan maklumbalas yang diperolehi untuk membuat pembetulan, pengubahsuaian atau pertukaran terhadap pemahaman  mereka untuk mencapai kefahaman yang lebih jelas".

ASL bertujuan untuk menyokong metagognisi  ( memikir atau mencari jawapan  kepada pemikiran sendiri ). Kemenjadian murid boleh diukur melalui keupayaan mereka mengesan informasi dan maklumat, dan menghubungkait antara informasi dan maklumat kepada pengetahuan berkaitan untuk digunakan dalam pembelajaran 

Kenapa AFL dan ASL?

Menurut Pn. Maznah, dari sumber bahan yang diperolehinya, guru lebih mementingkan pemberian markah atau hanya merekodkan markah daripada menggunakan hasil pentaksiran untuk membaiki atau meningkatkan pembelajaran murid.

Menurut beliau lagi, hasil kajian dari Struyf dan rakan2 ( 2001 ) menyatakn terdapat 3 golongan guru:

1) Beri markah dan kembalikan kertas ujian
2) Beri markah dan bincang dengan sedikit bagaimana untuk mendapatkan jawapan.
3) Bincang dengan panjang lebar bagaimana untuk mendapatkan jawapan, libatkan murid dalam proses kognitif dan sumbang saran dan gunakan dapatan untuk merancang pembelajaran akan datang.

Kami turut diberi perkongsian ilmu tentang  Strategi Pentaksiran AFL dan ASL, Teknik Penyoalan dan Maklum Balas Berkesan. In sya Allah akan saya sambung bila sampai masanya.. Semoga perkongsian ini memberi input yang berguna. Sebarang kesalahan maklumat harap dimaklumkan ^-^



Wednesday, 18 September 2013

Nak Dowload Bahan KSSR Bahasa Arab Tahun 4?

Assalamualaikum cikgu2 ^_^
Selamat berkursus KSSR tahun 4  ^_^

Sekarang ni Team PBS sedang melaksanakan kursus KSSR Tahun 4 selama 4 hari  di serata tempat. Sebelum bermulanya kursus ini peserta di minta bersedia mental dan fizikal untuk menerima input terbaru. Ok lah, kita terus ke point yang penting.

Diantara penambahbaikan yang telah dilakukan bagi KSSR Tahun 4 ialah :

  1. DSKP ( Dokumen Standard  Kurikulum dan Pentaksiran ). DSKP ini adalah gabungan diantara DSK dan DSP. Ia bertujuan untuk membantu guru yang masih kabur tentang DSK dan DSP kerana masih ramai guru yang menggunakan DSP sebagai rujukan utama. Bagi menghilangkan kekaburan ini, maka DSK dan DSP digabungkan supaya guru-guru tidak keliru atau tersalah menggunakan sumber rujukan.
  2. Pelaporan off line . Haaaa.... kalo dulu kita sering mengeluh tentang line SPPBS yang lambat dan selalu bermasalah. Tapi sekarang kita dah tak perlu nak on line lagi dan tak perlu lagi bangun pukul 3 or 4 pagi untuk key in Band. Sekarang ni pelaporan dalam bentuk excell dan bolleh di key in dengan mudah. Bila2 masa dan boleh diubah mengikut keperluan. TAPI! PERLU DIINGATKAN bahawa pelaporan ini berbeza mengikut mata pelajaran tau. 
PERINGATAN!!
  1. DSKP dan Pelaporan ini hanya digunakan untuk tahun 4 sahaja. Tahun 1 hingga 3 kekal seperti biasa sehingga dimaklumkan.
Jika cikgu2 nak tau dengan lebih mendalam lagi, cikgu2 boleh download bahan kat ruang DOWNLOAD tu tau.. ^-^











Tuesday, 27 August 2013

ASSALAMUALAIKUM.. :)

Alhamdulillah..Team PBS telah selesai menghadiri Bengkel Pembinaan PKSR Fasa 1 ( dihadiri oleh salah seorang Team PBS) dan Fasa 2 2013 (dihadiri oleh salah seorang Team PBS yang lain pula ).

Sila download soalan dan skema jawapan di bahagian MUAT TURUN PKSR 

Diharap rakan2 guru, Ustaz dan Ustazah dapat menjalankan amanah ini dengan sebaik mungkin.

Thursday, 22 August 2013

Maklumat Penting Kepada Guru j-QAF

Assalamualaikum..
Dimaklumkan bahawa PKSR Tahun 1-6 akan bermula pada ketetapan berikut:

Tahun 1-5:
26.8.2013                        - soalan dimuat turun ke portal BPI.
9.9.2013   - 4.10.2013     - ujian Shafawi B.arab
9.10.2013                         - ujian bertulis jawi
10.10.2013                        - ujian bertulis bahasa arab.

Tahun 6
26.8.2013  - soalan dimuat turun ke portal BPI
9.9.2013     - Ujian Lisan b.arab
25.9.2013  - ujian bertulis jawi
26.9.2013  - ujian bertulis b.arab
Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, 5 August 2013

Sambil cari Buluh dan Daun Maman pun masih cerita tentang PBS!


Assalamualaikum ^_^

Salam 1 Malaysia 

Cikgu2 mesti dah excited nak beraya kannn? Tambah2 lagi kalo raya kat kampung sendiri. Kalo beraya kat kampung mertua, tak nak masam2 tau muka tuuu... ^_^

Okkk..tak de benda pun. Team PBS cuma nak ucapkan Salam Aidil Fitri kepada semua guru. Maaf atas kekasaran bahasa dan tulisan. Semoga cikgu2 sume ceria dan bahagia. Tapiiiii jangan lupa kat kawan2 yang tak berapa nak bahagia macam cikgu2.

Hurmm...semalam Ommu Humairah dan Qaus Quzzah pergi cari buluh kat Kuala Pilah. Pastu cari daun maman kat Gemencheh. Banyak juga yang kami dapat. Memang best! Dah lama tak masuk kampung. Jumpa lembu dan kambing biri2 pun rasa macam nak peluk jer! Hohohoho!

Sambil pasang lagu raya, kami borak2. Mesti la pasal PBS 2014, pasal PKSR terkini, pasal jQAF. Macam2 lagi laaa...
 Kata qaus Quzzah yang terlibat dengan pembinaan DSKP  ( DSK dan DSP digabungkan ) banyak penambahbaikan yang telah dilaksanakan untuk tahun depan.  Lebih mudah! Dan sekarang pun ada sekolah2 yang terpilih untuk dirintis dalam penggunaan DSKP. Yang dah dirintis pun  dah ada. Antara yang terlibat ialah SK Semarak, Nilai. Penambahbaikan dalam jQAF pun ada. Semua penambahbaikan ini dilakukan atas sebab permintaan dari guru-guru sendiri. Harap lepas ni semua orang berpuas hati. Tapi dalam satu Malaysia ni, nak memuaskan hati sume orang memang susah kan? Masih tetap ramai yang akan tidak berpuas hati. Hurm...kan Allah dah bagitau:

 "Kebanyakan makhluk yang paling banyak membantah adalah manusia"


Apa pun Team PBS tak berani nak cerita lebih2. Kita tunggu sehingga diberitahu secara rasmi nanti ye. Yang penting RAYA dulu!

Selamat Hari Raya Semua ^_^
Jangan main mercun ye ^_^




Thursday, 18 July 2013

Team PBS : HANYA KAIN RENTANG TERGANTUNG DI TIANG

Team PBS : HANYA KAIN RENTANG TERGANTUNG DI TIANG: Hanya Kain Rentang Tergantung Di Tiang.. Sekadar mengimbau kenangan … Tahun 2011 seluruh Malaysia digemparkan dengan kemunculan PBS...

HANYA KAIN RENTANG TERGANTUNG DI TIANG


Hanya Kain Rentang Tergantung Di Tiang..

Sekadar mengimbau kenangan

Tahun 2011 seluruh Malaysia digemparkan dengan kemunculan PBS.

PBS? Apa tu? Tak pernah dengar pun. Macam2 la zaman sekarang ni!

Setelah PBS menghulurkan salam perkenalan, ramai yang mencemuh.

PBS menyusahkan! PBS membebankan! PBS ( Pergi Buat Sendiri la. ) dan macam2 lagi cemuhan dan
kejian dilemparkan. 

PBS terus dilaksanakan di sekolah rendah. Penataran diadakan untuk semua peringkat. Bermula dari peringkat Jurulatih Utama Kebangsaan ( JUK ), JPN, PPD ,Pentadbir hinggalah guru- guru. Kata Menteri Pelajaran, ini adalah dasar! Jangan dipertikaikan! Namun sebagai Guru Besar ada sesuatu yang menganggu fikiran dan mengusik hati kecil ini. Bolehkah dillaksanakan? Mampukah saya menyahut cabaran dunia pendidikan yang menuntut pemgorbanan dan kesungguhan saya sebagai guru besar? Apatah lagi dengan pelbagai ragam dan karenah yang harus dilayan di kalangan 79 guru di bawah jagaan saya. Akhirnya saya membuat kesimpulan sendiri. "Perkara baharu, adatlah mesti ada kekangan".  Namun perubahan perlu dilakukan!

Syukurlah kerana ada dua guru di sekolah saya yang dapat saya sandarkan dan harapkan.. Mereka cuma guru biasa. Namun kerana kesungguhan dan motivasi diri yang tinggi, akhirnya mereka menjadi nadi dan jantung dalam PBS. Mereka adalah  JU negeri dan JU Kebangsaan.  Merekalah Ommu Humairah dan Qaus Quzzah.


Ommu Humairah


Qaus Quzzah

Namun sebagai guru besar, saya sedar saya tidak boleh melepaskan tanggungjawab saya kepada mereka.  Lantas langkah diatur. Strategi disusun. Maka bergeraklah kami seiring bersama bagaikan singa yang lapar.
Tidak ketinggalan GPK 1 ( sekarang telah bertukar ) turut menjadi tulang belakang saya.. Kami  bergabung idea. Mungkin kami di Step 2: Creating the Guiding Coalition dalam 8-Step Process for Leading Change karya John P.Kotter (Saya lebih mahir membaca terjemahannnya.)

Menjelalang Disember 2010 perencanaan awal sudah dirancang. Kami bagaikan tidak sabar menanti ketibaan 2011.

2011 menjelma.  Kami di SK Taman Semarak (SKTS) mencari jalan. Dua perkara utama difikirkan. Pertama, bagaimana nak tambah bahan-bahan rujukan PBS? Bahan yang diterima masih kabur dan kelam. Ommu Humairah dan Qaus Quzzah bertindak segera. Lantas Sekolah Kebangsaan Taman Puchong Perdana yang menjadi  perintis di negeri jiran dikunjungi. Syukur ..mereka memang banyak membantu!

Kedua, bagaimana pula  nak laksanakan?  Bilik khas  PBS pedicari, bahan disusun, penataran dirancang, 4 aspek jaminan kualiti PBS cuba dilaksanakan. Bahan dari LPM dijadikan rujukan. Sedikit demi sedikit PBS mula berjalan dan bernafas. Yang kelam jadi terang walaupun kekangan tetap mendatang. Seakan mencabar dan menguji kesungguhan kami. Lantas saya bisikkan peransang kepada Ommu Humairah dan Qaus Quzzah. " Hendak seribu daya.Tak hendak seribu bicara. Bulat tak datang menggolek. Pipih tak datang melayang. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Mereka juga manusia. Adakalanya perlu di beri semangat.  Bila terbayangkan kedua guru harapan saya, saya sering tersenyum sendiri. Kedua mereka mempunya perwatakan yang berbeza dan bertentangan. Ommu Humairah, perwatakannya tegas dan garang. Jarang memikirkan orang lain ketika menyuarakan pendapat. Kehebatannya dalam bab dokumentasi. Tapi cepat merajuk terutamanya ketika dia stress dan letih. Qaus Quzzah pula seorang yang tenang. Sentiasa cool menerima kritikan dan cabaran. Dia mempunya hubungan yang baik dengan ramai kakitangan KPM. Jadi memang bonus buat saya mempunyai staff seperti Qaus Quzzah.

Antara Dokumentasi PBS di Sekolah saya hasil kerja Ommu Humairah

 Antara Hasil kerja Qaus Quzzah

Satu petang, saya terima panggilan dari KS SPP,JPNS, Tuan Phakaruddin, menyampaikan hajat untuk meninjau  pengoperasian PBS di SKTS. Saya terima  dan sambut kehadirannya, walaupun dalam hati masih terasa serba kekurangan. Beliau memberi komen ringkas tetapi  penuh perangsang. Kami berbincang. Motivasi yang beliau berikan adalah titik permulaan kejayaan SKTS kerana keyakinan sudah mula tertanam. Percaya atau tidak, beliau adalah pelawat pertama bilk operasi PBS SKTS

Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Bulan  berganti tahun. Tahun 2012 , SKTS diwar-warkan di saentero negeri sebagai sekolah contoh PBS. Maka mulalah pelawat datang membuat lawatan penanda aras. Pujian sudah biasa bagi kami. Bukan nak riak tapi itulah adat bila nama tinggi dijulang. Maka penambahbaikan sentiasa dilakukan.



Bekas GPK 1 saya ( Azihan Bt Ahmad )


Antara sekolah menengah yang hadir

Satu ketika,  saya turut menghadirkan diri bersama pegawai PPD dan JPNS di Melaka, berbincang bagaimana PBS perlu dimantapkan. Dua orang guru saya yang saya kategorikan "guru hebat" semakin  tak menang tangan. Memberi penerangan di dalam dan di luar sekolah, membuat inovasi dan memastikan dokumentasi pula sentiasa diupdate. Kini Video PBS pula  dihasilkan. Benarlah!  Kalau ada tekanan, hasil dan kualiti kerja semakin memberangsangkan.



2013, SKTS diberi peluang menyertai pameran PBS sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan. Ada rasa sayu terpalit di hati kecil ini kerana ketika itu saya terpaksa bertukar ke sekolah baru atasa arahan dari pengarah JPN. Dua guru harapan saya, saya tinggalkan dengan amanat. " Jadilah benih yang subur. Dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke hutan menjadi gunung. Itulah detik yang paling memilukan..
Terbaru saya terima dari Ommu Humairah Ada pegawai JPNS meminjam fail pengurusan PBS untuk diletakkan di dalam "war room" di bilik gerajan JPN.. mungkin untuk di jadikan panduan oleh semua golongan pendidik.

Sebagai pentadbir, saya bangga menerima segulung kain rentang dari JPNS yang terpapar bait-bait  sekolah ini sebagai sekolah contoh PBS.



Penghujung Mac 2013 saya bertukar. Awal Julai 2013 Ommu Humairah yang merupakan tulang belakang turut bertukar.  Tinggal Quas Quzzah yang terus bermatian mempertahankan segsla yang telah kami bina bersama. Namun sehingga sekarang, kami tetap aktif dalam menyampaikan taklimat dan membantu sekolah2 yang memerlukan pendapat kami. Kami tetap bersatu hati dan pendapat untuk berkongsi pengalaman kami yang amat berharga ini. Kerana kami bermula dari zero. Kosong! Pelbagai jerit perit kami lalui. Tatkala org lain sibuk mencemuh dan mempertikaikan PBS, kami telah membuktikan kejayaan kami. Teringat saya cerita Singapura dilanggar Todak. "Tuan hamba baru nak berdayung, hamba sudah sampai ke seberang". Buat Qaus Quzzah..Usah dikhuatirkan kerana warga SKTS semakin mahir bermain dengan PBS. Bukankah segala ilmu telah kita berikan kepada mereka?....
SKTS.. kami bangga menjadi wargamu. Semoga warga SKTS sekarang meneruskan perjuangan memantapkan PBS. Kami yakin dan kami percaya. Kejayaan yang dikecapi adalah kejayaan organisasi bukan individu. Semangat berpasukan faktor utama.Anda semua pendidik hebat. Tidak ada sijil pengiktirafan yang dapat kami tinggalkan untuk tatapan masa depan. Hanya kain rentang tergantung di tiang. Makin lama semakin kusam. Terima kasih semua.

-zahaixora
15 Julai 2013 / SKS3
 

Monday, 8 July 2013

Unit Jaminan Kualiti Peringkat Dalaman


Assalamualaikum Semua Guru2 , Ustaz dan Ustazah..
  ^_^

Semoga masih mampu tersenyum ^_^ 

Baru2 ni Team PBS menghadiri mesyuarat PBS berkaitan Program PBS yang bakal diadakan lepas raya nanti. Team PBS dijemput untuk membuat tutorial berkaitan dengan aktiviti Jaminan Kualiti peringkat dalaman.Tuan Hj Yahaya ,Ketua Unit SPP ( JPNS )  pun ada...   ^_^

Ok..tak nak citer panjang. Jom kita mulakan!


Apa yang anda perhatikan sekarang ialah Aktivit Unit Pemantauan. Unit ini bergerak aktif di kalangan pentadbir, guru cemerlang, ketua panitia dan Jurulatih Utama. Kalo sekolah anda tak de guru cemerlang atau Jurulatih Utama, tak de masalah. Pentadbir boleh melantik mana-mana guru yang layak bagi membantu pihak pentadbir menjalankan tugas mereka.

Unit Pemantauan nie biasanya membuat aktiviti2 seperti berikut:
  1. Memantau Pengajaran guru di dalam kelas. Bila nak pantau? Hurmmm...bila2 pun tak per...contohnya kat sekolah anda mesti ada pencerapan kan? So, letakkan pencerapan tu kat aktiviti pemantauan. 
  2. Memantau Fail2 yang berkaitan PBS termasuk fail guru. So, pastikan anda meng"update" fail anda. Biasanya pemantauan fail2 ni berlaku dua @ tiga kali setahun. Bila nak buat?? Bergantung pada keputusan mesyuarat PBS kali pertama di sekolah anda. Macam di sekolah Team PBS, kami bersepakat untuk memantau pada bulan Jun dan Oktober. Dua kali jer. Tak susah kan?~~
  3. Lagi satu, unit nie perlu aktif dengan merujuk takwim PBS yang dah dibuat dalam mesyaurat PBS kali Pertama.

Tapi ingat tau, rekodkan atau dokumentasikan setiap aktiviti yang korang buat! Boleh jadi bukti nanti...




Seterusnya Unit Pementoran

Aktiviti Unit nie plak macam ni yea ^_^

  1. Aktiviti unit Pementoran  ni boleh jadi dalam keadaan formal atau tak formal. Rasanya gambar kat atas nie yang formal ke tak formal? Yaaaaa... betul! Memang formal. Tengok pun dah tau kan? Yang ni team PBS buat dokumentasi semasa ada sekolah menengah datang buat lawatan. Jadi team PBS pun taklimatkan mereka dari perkara asas hinggalah kepada perkara yang tak asas. Hehehe!
  2. Aktiviti yang tak formal plak macam mana? Contoh yea : Katakan anda AJK Unit Pementoran. Masa anda on the way nak ke kantin ke.., kelas ke... or mana2 je, tiba anda ditanya tentang perkara2 PBS seperti camna nak buat RPH, PPdP atau sebagainya, tu dikira tak formal. Faham tak setakat nie?..
  3. AJK yang dilantik ialah pentadbir, Ketua Panitia, Guru Cemerlang atau sesiapa yang dirasakan sesuai. Senang citer, AJK nie seelok2nya dilantik atau ditetapkan dalam mesyuarat kali pertama
Kat sini team PBS bagitau tentang aktivit yang kami buat.

  1. Bengkel Pembinaan Instrumen.
  2. Cara2 membuat RPH KSSR
  3. Membantu pihak pentadbir memantau pengajaran PPdP.
  4. Membantu guru2 yang bermasalah dalam memahami PBS
Opsss!!! Jangan lupa rekodkan!  ^_^




 Yang nie plak Unit Penyelarasan
Ramai yang tak tau apa nak buat dengan unit nie. Tak per,,,, cer baca dulu. Kalo tak faham, tanya je kat ruang komen tue ^,^

Peranan dan aktiviti plak macam nie!
  1. Selaraskan semua tarikh yang perlu. Contoh tarikh pemantauan fail, tarikh kemaskini fail Perkembangan Murid, tarikh key in SPPBS dan banyak lagi. Semuanya bergantung pada perancangan sekolah anda. Biasanya diputuskan dalam mesyuarat kali pertama. Ingat! Pihak pentadbir kena aktif dan kreatif ^_^.. anda adalah nadi kepada kejayaan PBS di sekolah anda! 
  2. Selaraskan semua fail PBS. Maksudnya, wujudkan satu identiti PBS sekolah anda. Senang citer, kalo orang lain tengok sesuatu simbol tue, orang tau tue sekolah anda yang punya! Best kan?
  3. Team PBS buat penyelarasan instrumen tau. Kami letakkan letter head sekolah sebagai tapak instrumen. Semua subjek kena buat macam tu supaya selaras. Cuba tengok kat gambar nombor 3 tue!
  4. Selain tue unit kami juga buat penyelarasan skor. Apa dia penyelarasan skor? Haaa..team PBS dah pernah cerita sebelum ni. Tak baca la tue ^,^.. tak pe! Korang klik kat team PBS Di Senawang. Tapi pas ni korang follow la blog nie..biar meriah ^_^ ..cuba tengok plak.contoh kat gambar nombor 4 tue! Tue la penyelarasan skor. 

Last kali, cam biasalah! Rekodkan...


Last kali Unit Pengesanan

Unit nie la paling senang kerjanya :

  1. Biasanya team PBS akan bersidang dengan unit pengesanan untuk buat post moterm.  Contoh : Sekolah team PBS baru jer selesai buat Hari Terbuka atau program 3 penjuru. Sambutan dari ibu bapa memang mengujakan! Semuanya positif menerima PBS. Agak2 camna sekolah team PBS buat?? Hehehe ^_^ ( Team PBS tunggu  kot2 ada pembaca nak tanya ) Ok, sekarang Unit pengesanan akan buat post moterm tentang perjalanan program 3 penjuru nie. Mereka akan mengesan kekuatan dan kelemahan program ni. Lepas dah kesan, mereka akan mengusulkan idea2 berkaitan untuk meningkatkan lagi perjalanan program2 seterusnya.
  2. Selain itu, setiap awal tahun Unit Pengesanan akan menerima analisa laporan sumatif dari setiausaha PBS. Meraka akan bersidang dan membuat analisa seperti :
Kenapa bilangan murid yang mendapat Band 1 masih ada?
Kenapa murid masih tidak layak mendapat Band?
Kenapa tiada murid yang mendapat Band 6?
Kenapa bilangan murid tidak cukup atau lebih?

Semua persoalan ini akan dibincangkan dan dikaji. Lepas team PBS buat pengesanan, baru team PBS dapat kesan sesuatu. Antanya team PBS dapat jawapan bagi soklan no 1-3 tue. Rupa2nya instrumen di sekolah team PBS tidak  semuanya sesuai dengan murid di situ. 

So,Apa yang team PBS buat?

Kami telah membuat pembaharuan dalam  instrumen dengan meletakkan penyelarasan skor. Siapa yang buat penyelarasan skor ni? Cer jawab! 

Betullll..Unit Penyelarasan ^_^
 Program2 camni pun ditetapkan masa mesyuarat kali pertama..

Kalo korang perasan, ke empat2 unit nie saling berkait antara satu sama lain. Sebab tue team PBS pesan banyak kali, team work sangat2 penting! In sya Allah..korang tak rasa stress ^_^

Opssss!!! Lagi satu cer tengok pada warna merah tue! Semuanya perkataan "mesyuarat kali pertama" kan?? Maksudnya semua kata putus or agenda yang korang rancang, diputuskan dalam mesyuarat PBS kali pertama. Okeyyyy!!! ^_^

Kalo nak tau tentang agenda mesyuarat PBS yang empat kali setahun tue, korang download je kat ruang muat turun tue ^,^

Hope, tutorial ni dapat tolong korang.. Kalo dah berjaya jangan tak nak citer kat team PBS plak! ^_^

Good Luck!! ^_^



Saturday, 6 July 2013

Anda Bertanya, Team PBS Menjawab!


Assalamualaikum Sume :)
 Harap semua para pendidik telah bersedia membaca blog team PBS kali ni. Tak nak stress-stress tau! :)

Okey...hari ni team PBS telah dijemput memberi taklimat PBS di sebuah sekolah Senawang, Seremban, Negeri Sembilan. Guru-guru di sini ramai. Kalo tak silap dalam 100 lebih! Tapi tak pelah sebab team PBS pun memang diamanahkan untuk memberi penjelasan dan memudahkan semua guru di situ tentang permasalahan yang menyebabkan PBS tak dapat dijayakan.











Sepanjang berlangsungnya taklimat ini, didapati rata-rata guru menggunakan  DSP sebagai rujukan utama.! Eiiiiii!!! Salah tu cikgu!  Rujukan utama ialah DSK tau.  

DSP pula digunakan semasa kita nak buat Instrumen dan mentaksir murid. Itu jer! 
Selain itu, salah faham juga berlaku apabila guru-guru  menganggap bahawa mereka perlu membina Instrumen mengikut jumlah Deskriptor yang ada di dalam DSP. Kalo ada 100 Deskriptor, mesti ada 100 Instrumen bertulis???

Alahai.......sebab itulah guru-guru rasa terbeban dengan PBS kerana salah faham yang berlaku dalam pemikiran mereka. Mungkin anda juga begitu!

Team PBS cuba memudahkan fahaman anda. So, Ommu Humairah mencatat semua soalan yang diajukan sepanjang program ini dan menulis jawapan yang diberikan oleh Qaus Quzzah yang bertindak sebagai penceramah. Anda pun boleh membaca soalan2 yang diajukan. Manalah tau kot-kot membantu.. :)

1. Bolehkah menggunakan instrumen yang sama untuk semua murid?
 Tidak. Kerana murid berbeza aras dan kemahiran. Murid yang lemah tetapi ditaksir menggunakan instrumen yang aras tinggi, comfirm la mereka tak mampu jawab. Bila mereka tak mampu jawab, guru jadi stress sebab guru beranggapan bahawa semua murid mesti melepasi Band 1. Memang benar! Tetapi gunalah Instrumen yang sesuai dengan aras mereka dan taksirlah mereka mengikut kemahiran mereka. Itu baru adil. Logikkah sang monyet diajar menarik balak padahal kemahiran monyet ialah memanjat pokok? 

2. Bagaimana mentaksir murid LINUS?
Guru boleh guna konstruk LINUS @ membina instrumen mengikut iklim kelas. Kerana guru lebih kenal kekuatan dan kelemahan muridnya. Kaedah pengajaran juga perlu berubah dan pelbagai. Kaedah pengajaran yang sama antara kelas cerdik dan kelas LINUS hanya akan membingungkan murid.

3. Bagaimana status murid yang tidak dapat menjawab soalan bagi mana-mana  Deskriptor?
Murid dikira masih berada dalam Deskriptor yang sebelumnya. Contoh Murid telah melepasi B1 DLI E1 tetapi tidak melepasi B1 DL1 E2. Jadi status murid tetap di dalam B1 DL1 E1. Guru akan membimbing murid sehingga berjaya.

4. Bagaimana sekiranya murid lemah berjaya mendapat Band 6 sedangkan murid cerdik masih Band 4?
Tidak menjadi masalah kerana murid ditaksir mengikut kemahiran. Walaubagaimana pun perkara seperti ini mustahil berlaku kerana Instrumen yang di bina perlu berpandukan Sistem 9 point dan DSP.

Selain itu, tujuan guru membina Instrumen adalah untuk mencungkil kemahiran murid dan megukur kefahaman murid serta supaya murid dapat mengaplikasi kefahaman tersebut di dalam dan luar kelas. Instrument tidak di bina semata-mata untuk melayakkan murid mencapai Band tertinggi. Ini akan melahirkan modal insan yang tidak berkualiti.

5. Bolehkah guru menyambung  pentaksiran ke Band 5 bagi tahun berikutnya? Contoh : Tahun 2013 murid bernama Ali telah ditaksir sehingga Band 4. Tahun 2014 guru akan terus mentaksir Ali  dari Band 5 dan tidak bermula dengan Band 1?
Guru boleh berbuat demikian DENGAN SYARAT guru mesti mentaksir murid tersebut dari Band 1 terlebih dahulu dalam tahun semasa. Sekiranya murid tersebut melepasi kemahiran2 asas yang sepatutnya, murid itu layak untuk diuji atau ditaksir dengan aras yang lebih tinggi berdasarkan kemahiran dan pencapaian murid yang sedia ada.

6. Bolehkah instrumen di ambil dari buku latihan yang dijual di kedai2 buku?
Boleh. Tapi guru perlu meneliti Kod Deskriptor yang terdapat dalam buku tersebut dengan kehendak  DSP. Kalau betul dan menepati, silakanlah!

7. Adakah rekod transit dibina berdasarkan tajuk?
Terpulang pada kreativiti guru. Kalo di bina berdasarkan tajuk, akan menyebabkan lambakan kertas. So, rekod transit yang dibina berdasarkan kemahiran adalah lebih sistematik ( Bagi Subjek Bahasa )

8. Bagaimana murid tahun 6 dinilai untuk masuk ke sekolah menengah?
60% dinilai pada UPSR dan 40% dinilai dalam pencapaian  PBS dari murid tersebut berada dalam  tahun 1 - 6. 

9. Murid yang baru berpindah masuk, adakah akan ditaksir semula dari Band 1?
Tidak. Teruskan pentaksiran seperti biasa.

10. Bagaimana yang dimaksudkan murid berjaya melepasi Instrumen? Adakah dengan cara berjaya menjawab semua soalan atau bagaimana?
Wujudkan penyelarasan Skor. AJK, Unit Penyelarasan atau Panitia perlu tetapkan. Contoh : sekiranya murid berjaya menjawab 8 dari 10 soalan dalam Instrumen, maka murid dikira berjaya. Terpulang pada hasil perbincangan skor dalam Unit Penyelarasan di sekolah anda! ( Rujuk peranan dan tugas Unit Jaminan Kualiti Peringkat Dalaman). Kalo tak de, boleh dowload kat sini

11. Perlukah semua Deskriptor yang terdapat di dalam DSP dijadikan Instrumen bertulis?
Tidak. Sekiranya terdapat satu Deskriptor atau lebih Deskriptor yang boleh diintegrasikan @ digabungjalinkan  dalam 1 helai instrument, maka gabungkan saja. 

Apabila guru mengkaji dan memahami  kehendak dalam DSP, guru akan dapat mengenalpasti beberapa Deskriptor atau kod Eviden yang boleh diintegrasikan atau digabungjalinkan menjadi satu helaian Instrumen sahaja.

Contoh : Bahasa Melayu


Sekarang, perasan tak kod kat atas ni tak sama. Tapi kehendak kod tu hampir sama. So, tak yah la nak buat Instrumen bertulis sampai 2, 3 helai. Cukup satu helai Instrumen je.

Hah! Lagi satu. Kalo Instrumen Lisan pun nak dizahirkan juga ke? Tak yah la kan..Cukup Instrumen tu untuk simpanan guru. Tak perlu nak rezo pastu nak test setiap murid.. Memang la penat weh! Hehe...

Pastu bila murid tu dah melepasi kedua2 kod di atas, tulis je tarikh kat dalam rekod transit. Senang kan?... :)

So, cikgu boleh integrasikan kedua22 Deskriptor ni dalam SATU helai Instrumen sahaja. Faham tak ni? :)

Kesimpulan :

  1. Guru menjadi terbeban dengan PBS kerana tidak memahami konsep PBS. Guru terikat dengan fahaman bahawa Pentaksiran dan Pengajaran adalah dua perkara yang berlaku secara berasingan. 
  2. Guru terlalu mengejar Band. Padahal di dalam PBS, murid yang mengejar Band. Murid ada hak untuk diberitahu tentang PBS dengan kaedah yang paling mudah.
  3. Guru beranggapan bahawa semua Instrumen perlu dizahirkan secara bertulis. Hakikat sebenar ialah Intrumen boleh dilakukan berdasarkan pemerhatian, aktiviti seperti permainan, rakaman, menghasilkan projek dan sebagainya.
  4. Guru tidak mahu menukar teknik pengajaran dan masih menggunakan kaedah "chalk and talk".
  5. Guru menngunakan kaedah pengajaran yang sama pada semua murid dan kelas. Ini menyebabkan murid lemah tidak dapat mencapai Band.
Nasihat dan Pandangan :

  1. Team work sangat penting! Anda akan rasa terbeban jika anda tidak mengambil kata sepakat dengan rakan2 lain. 
  2. Yang paling penting GERAKKAN UNIT JAMINAN KUALITI KERANA IA ADALAH NADI PBS

Bukan niat team PBS untuk menyalahkan guru. Tidak! Diharap guru yang membaca terbuka hatinya untuk cuba memahami PBS sebelum menghukum PBS. Bertanyalah kepada yang pakar sekiranya berhadapan dengan masalah kurang faham. Bukankah Nabi Adam a.s juga berpesan :

"Sekiranya kamu tidak tahu tentang sesuatu perkara, maka bertanyalah kepada mereka yang tahu kerana aku ketika hendak makan buah khuldi, aku tidak bertanya terlebih dahulu kepada para Malaikat"

In sya Allah..lepas ni Team PBS akan buat tutorial tentang Step2 dalam Melaksanakan PBS. Kita akan buat dari awal ok?.. jangan stress2. Yakinlah.. Allah tu tak pernah kejam :)


Saturday, 15 June 2013

Jom Check Integriti Kita!


Assalammualaikum semua  ^_^

Hope semua sihat dan tetap positif setiap hari! Peace ... 
Ok..tak nak la borak panjang..just untuk remind para pendidik tentang integrati anda.. Yelah kan..kita kan selalu sibuk dengan tugas setiap hari. Tugas sebagai pendidik, ibu, bapa, suami dan isteri. So, sempat nak solat lima waktu jer. Tu pun amek yang rukun jer. Ayooo.... Nak berzikir pun kadang-kadang rasa tak sempat. Banyak keje nak siapkan! Tak gitu?

So! Jom semak integriti kita sama-sama! toothless chuckle emoticon

Maksud Integriti dalam bahasa yang mudah difahami:

" Buat sesuatu dengan betul walaupun tidak ada sesiapa yang nampak"

 Integriti dalam  Pelan Integriti Malaysia ( PIN ) :

" Kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu. Ia berlandaskan etika dan pencerminan sehari-hari."

Bagi para pendidik, jom kita tengok kalo-kalo integriti dah makin pudar!


  1. Tidak mengisi dan menghantar buku rekod mengajar.
  2. Menggunakan peralatan pejabat untuk kegunaan peribadi seperti telefon, mesin fotostat, internet,  komputer dan sebagainya.
  3. Membawa balik peralatan pejabat seperti pen, marker, kertas, gam dan lain-lain.
  4. " Punch Card" untuk orang lain.
  5.  Meniri tanda tangan pengetua atau guru besar.
  6. Tidak memakai pakaian yang sepatutnya.
  7. Tidak menanda buku murid.
  8. Keluar untuk urusan peribadi
  9. Berniaga di sekolah
  10. Mengambil cuti tanpa izin.
  11. Menipu sijil cuti sakit.
  12. Salah guna duit sekolah.

Ni baru sikit.. haaaa!!! Kalo anda nak tahu lagi banyak, cuba klik sini  ^_^

Selamat Membaca!! ^_^

love heart hand emoticon