Monday 22 April 2013

Pameran PBS KSSR Bersama LPM


Assalamualaikum semua :)

Ada berita yang ingin Team PBS berkongsi dengan anda.
Pada 14 - 20 Mei 2013 iaitu sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan  yang bakal tiba tak lama lagi , Lembaga Peperiksaan Malaysia akan mengadakan pameran PBS di Stadium Belia Dan Sukan, Paroi Negeri Sembilan. Pameran ini bertujuan memberi penerangan kepada semua peringkat umur berkaitan tranformasi pendidikan iaitu PBS KSSR. Sekiranya anda ingin berjumpa direct dengan pihak atasan dan ingin mengajukan soalan berkaitan PBS KSSR anda boleh menggunakan kesempatan ini.

 Pameran ini akan dirasmikan PADA 14 Mei 2013  oleh Menteri Pendidikan sendiri. Jadi anda juga berpeluang bersemuka dengan beliau untuk sebarang komentar. So., jangan lepaskan peluang ini. Yang pasti Team PBS juga akan berada di sana untuk bertemu anda :)





Thursday 4 April 2013

Team PBS Bukan Kedekut Tau~


Assalamualaikum Semua :)

Team PBS telah menerima banyak permintaan dari sekolah2 yang melawat ke SK Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan. Kadang2 Team PBS jadi serba salah. Ramai yang bagi pen drive nak sedut bahan dari sekolah Team PBS. Terutamanya Instrumen tahap 1 bagi 11 mata pelajaran. 

Sebenarnya bukan Team PBS kedekut. Seperti yang Team PBS bagaitau sebelum ni, SK Taman Semarak telah membina Instrumen sendiri melalui Bengkel Khas Pembinaan Insturmen. Nak mewujudkan Instrumen ni bukan satu perkara yang senang bangat. Kena guna kerahan otak, idea, tenaga dan masa. Masa yang diambil untuk pembinaan Instrumen mencecah 3 - 4 bulan ( bergantung pada kesungguhan cikgu tu ). So kalo Team PBS nak bagi sedut camtu je, tak baik la kan. Menganiaya kawan plak. Mesti denga izin cikgu terbabit dan juga demi kesejahteraan warga sekolah Team PBS.

So, Team PBS akan mengusulkan penjualan Instrumen dalam perjumpaan guru PBS next week. Kalo semua bersetuju baru Team PBS akan bagitau semula. 

Tapi ingat!!! Team  PBS sedia untuk beri tunjuk ajar...


                                                                                               
                                                                                                    
                                                      

Wednesday 3 April 2013

Pemantauan Lembaga Peperiksaan Malaysia



Assalamualaikum sume :)
Mudah2an pagi ni anda lebih ceria dan bersemangat.
Jom kita teruskan ke intipati topic kita hari ni. Semalam SK Taman Semarak telah menerima kunjungan dari Lembaga Peperiksaan Malaysia ( Unit Jaminan dan Kualiti ). Kalo x silap LP nak tengok sekolah contoh PBS yang telah diwarwarkan oleh JPNS. So, hari Selasa surat pemberitahuan sampai, hari Rabu dorang pun sampai. Dan petang tu plak ada Lawatan Penanda Aras dari sebuah sekolah di Seremban.

Apa yang dipantau? Sistem Fail PBS yang telah dibuat di sekolah tersebut. Jadi Ommu Humairah dan pembantu yang telah dilantik telah menggunakan Instrumen Pemantauan untuk rechecking fail yang telah disusun. Antara fail yang dipantau ialah Fail Pengurusan PBS, Showcase, dan FPM.



Sistem fail mesti sistematik. Kalo korang nak tau sistem fail korang sistematik atau tidak, korang boleh cuba cara ni.

Cari sorang kawan. Dengan berpandukan instrumen pemantauan , suruh kawan korang sebutkan instrumen yang dia nak dan anda cuba cari dlm tempoh 30 saat ( mengikut ISO). Kalo anda gagal menjumpai instrumen tersebut dalam tempoh tersebut , sistem fail anda GAGAL!

Selain tu LP nak tengok kelainan yang skul buat. SK Taman Semarak banyak buat inovasi seperti Sistem Analisa PBS ( SIAP ). Sistem ni tak sama dengan SP PBS tau. Sek yang create sendiri. Di sek ni orang yang bertanggungjawab dalam sistem SIAP  ialah Qaus Quzah. Korang kenal kan? Kalo tak kenal boleh tengok kat " kenali kami ".

Selain itu LP juga kelihatan n bila tengok terlalu banyak dokumentasi yang telah dilakukan oleh SK Taman Semarak. Yang bertanggungjawab membuat dokumentasi ni ialah  Ommu Humairah. Beliau sering diberi tunjuk ajar oleh Zahaixora. Setiap kali ada aktiviti,  pastikan ada dokumentasi untuk diabadikan dan dibuktikan. Faham kan?
Ni contoh dokumentasi yang anda boleh buat.

Kalo korang tengok rak yang warna putih tu, itulah sudut dokumentasi PBS. Jadikan pameran untuk orang lain baca dan kongsi ilmu. Boleh kan?

Ni gambar Qaus Quzah sedang menceritakan pembaharuan yang telah dilaksanakan di SK Taman Semarak. Antaranya pembinaan Instrumen sendiri sejak 2011. 100% original. Ada pesanan LPM untuk korang
 tau! Pesana dari LPM untuk semua sekolah " Jangan takut bila LPM nak datang. Sebab ni la peluang anda untuk menyuarakan pendpat.

Sebelum berpisah Team PBS sempat merakam foto kenangan selepas LPM mengishtiharkan SK Taman Semarak, Nilai layak mendapat Band 4 " Band 6 kalo ada pun memang untuk SK Taman Semarak ". Seloroh Ustaz Hapizi pegawai LPM sambil ketawa. Tahniah Team PBS!
.


Published with Blogger-droid v2.0.10