Tuesday 14 May 2013

Festival Hari Guru Peringkat Kebangsaan


Assalamualaikum sume :)

Mungkin ramai yang belum berkunjung ke Festival Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan. Dan tak mustahil ramai yang tidak tahu bahawa Negeri Sembilan jadi tuan rumah tahun 2013. Festival ini diadakan di Komplek Belia & Sukan, Paroi, Negeri Sembilan bermula 13 Mei  - 19 Mei 2013 bermula 9.30 pagi - 10.00 malam. Sambutan pada hari pertama memang hangat. Festival ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan dan dihadiri oleh para pentadbir sekolah serta guru-guru dari pelbagai negeri termasuk ibu bapa.
Festival ini ditaja oleh Utusan. Banyak booth dibuka yang berkaitan dengan profesional guru. May be kami boleh berkongsi kemeriahan ini bersama anda yang belum berkesematan untuk ke sana.


 Booth Utusan yang menawarkan harga yang menarik!


Booth Keselamatan Makanan Kanak - kanak


 Booth Mingguan, Kosmo dan lain2.


heheh! Ni booth BSN la..

Ini antara booth2 yang memeriahkan festival ini. Harga pun sangat murah. Buku ilmiah , majalah dan novel hanya berharga antara RM 1-3. Rugi kalau tak beli!

Untuk kanak2 plak disediakan permainan uji minda  dan kalo dapat jawab mereka akan diberi hadiah. Bagi yang masih berhutang dengan PTPTN, kaunter PTPTN pun ada dibuka untuk dapatkan maklumat, buka akaun dan banyak lagi!


Ini adalah suasana kemeriahan di festival Sambutan Hari Guru



Ini booth PBS. Kami bersama beberapa pegawai dari Lembaga Peperiksaan Malaysia  ( LPM ) sibuk melayan pengunjung yang rata-ratanya terdiri dari guru sekitar Negeri Sebilan seperti Rembau, Kuala Pilah, Seremban dan ada juga dari Johor. Yang lebih menarik booth kami mendapat perhatian dari Dr. Mohd Azhar b. Mohd Ali seorang pensyarah dan antara orang kuat pembuat dasar PBS KSSR sejak tahun 2005. Beliau memberi pujian kepada SK Taman Semrak atas inovasi yang telah dilakukan untuk memudahkan sistem PBS. Terima kasih Doktor! :)


Pegawai PPD Seremban yang setia bersama kami


Penglibatan murid PBS


Haaa.. yang si cilik bertudung putih tu ialah murid Showcase SK Taman Semarak, Anis Adelina bt Ahmad Jawahir ( 9 Tahun )  dan di sebelah dia murid Showcase dari SK Port Dickson. Mereka dengan sukarela menjadi penyambut pengunjung dan mempersilakan pengunjung masuk ke booth. Meraka jugalah yang menjawab soalan2 dari pengunjung yang berkaitan PPdP PBS. Secara tidak langsung mereka dilatih untuk berkomunikasi dengan orang awam dengan menggunakan kemahiran dan nilai2 murini yang diajar. Memang seronok melihat telatah mereka yang manja dan nakal. Malahan mereka kelihatan amat seronok dapat berkenalan dengan orang ramai.

 Jika anda perasan, Tuan Hj Yahaya bin Daros ( Keua Unit Penilaian, JPNS ) pun tutut hadir memberi sokongan kepada kami di situ. Terima kasih tuan :)

 Guru2 dari SJK ( C ) pun ada. Mereka tertarik untuk mengetahui PBS dengan lebih mendalam. Anda bagaimana? :)

 Ini pula ialah tayangan PPdP dari SK Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan. Tayangan ini mendapat perhatian orang ramai termasuk bekas2 guru dan pensyarah. Mereka memberi pandangan dan idea2 yang menarik untuk kami perbaiki. Terima kadih tuan2 dan puan2 :)


Antara suasana dan imbasan di booth PBS.


Ini kenangan paling manis dapat bertemu dengan Pengarah Lembag Peperiksaan Dr Nai'mah bt Ishak yang singgah ke booth kami untuk memberi sokongan. Biar pun singkat tetapi kata2 semangat beliau menggambarkan harapan beliau untuk menjadikan PBS satu tranformasi yang berjaya di dunia. Banyak input yang kami dapat dari beliau. 

Antara soalan2 yang kami banyak terima ialah ialah:
Cara pentaksiran di laksanakan.
Sistem fail PBS terutama Fail Perkembangan Murid
Bagaimana mengendalikan pentaksiran murid lemah?
Bagaimana bentuk Pentaksiran Pusat?

( In Sya Allah.. kami akan jawab selepas semua soalan diajukan  sepanjang festival ini ) 

Seimbas kenangan pada hari persiapan dan penyediaan tempat.


Mesyuarat ringkas bersama Ketua Unit Penilaian Tn Hj Yahaya bin Daros ( JPNS ) dan pegawai2 dari JPNS serta PPD Seremban.


Persiapan terakhir di booth PBS. Nak tak nak kami terpaksa juga panjat sebab terdesak kerana kekangan masa.


Qaus Quzah antara yang berani menjawab soalan provokasi dari pengunjung. Tahniah! :)

 Ini hanyalah pandangan imbas semasa persiapan booth PBS. Bagi saya pengalaman ini amat menarik. Namun Team PBS sedikit hampa apabila mentor kami zahaixora tidak dapat hadir kerana beliau lebih diperlukan di sekolah beliau. Semoga beliau terus melangkah seiring bersama kami Qaus Quzah dan Ommu Humairah.. :)