Wednesday 3 April 2013

Pemantauan Lembaga Peperiksaan Malaysia



Assalamualaikum sume :)
Mudah2an pagi ni anda lebih ceria dan bersemangat.
Jom kita teruskan ke intipati topic kita hari ni. Semalam SK Taman Semarak telah menerima kunjungan dari Lembaga Peperiksaan Malaysia ( Unit Jaminan dan Kualiti ). Kalo x silap LP nak tengok sekolah contoh PBS yang telah diwarwarkan oleh JPNS. So, hari Selasa surat pemberitahuan sampai, hari Rabu dorang pun sampai. Dan petang tu plak ada Lawatan Penanda Aras dari sebuah sekolah di Seremban.

Apa yang dipantau? Sistem Fail PBS yang telah dibuat di sekolah tersebut. Jadi Ommu Humairah dan pembantu yang telah dilantik telah menggunakan Instrumen Pemantauan untuk rechecking fail yang telah disusun. Antara fail yang dipantau ialah Fail Pengurusan PBS, Showcase, dan FPM.



Sistem fail mesti sistematik. Kalo korang nak tau sistem fail korang sistematik atau tidak, korang boleh cuba cara ni.

Cari sorang kawan. Dengan berpandukan instrumen pemantauan , suruh kawan korang sebutkan instrumen yang dia nak dan anda cuba cari dlm tempoh 30 saat ( mengikut ISO). Kalo anda gagal menjumpai instrumen tersebut dalam tempoh tersebut , sistem fail anda GAGAL!

Selain tu LP nak tengok kelainan yang skul buat. SK Taman Semarak banyak buat inovasi seperti Sistem Analisa PBS ( SIAP ). Sistem ni tak sama dengan SP PBS tau. Sek yang create sendiri. Di sek ni orang yang bertanggungjawab dalam sistem SIAP  ialah Qaus Quzah. Korang kenal kan? Kalo tak kenal boleh tengok kat " kenali kami ".

Selain itu LP juga kelihatan n bila tengok terlalu banyak dokumentasi yang telah dilakukan oleh SK Taman Semarak. Yang bertanggungjawab membuat dokumentasi ni ialah  Ommu Humairah. Beliau sering diberi tunjuk ajar oleh Zahaixora. Setiap kali ada aktiviti,  pastikan ada dokumentasi untuk diabadikan dan dibuktikan. Faham kan?
Ni contoh dokumentasi yang anda boleh buat.

Kalo korang tengok rak yang warna putih tu, itulah sudut dokumentasi PBS. Jadikan pameran untuk orang lain baca dan kongsi ilmu. Boleh kan?

Ni gambar Qaus Quzah sedang menceritakan pembaharuan yang telah dilaksanakan di SK Taman Semarak. Antaranya pembinaan Instrumen sendiri sejak 2011. 100% original. Ada pesanan LPM untuk korang
 tau! Pesana dari LPM untuk semua sekolah " Jangan takut bila LPM nak datang. Sebab ni la peluang anda untuk menyuarakan pendpat.

Sebelum berpisah Team PBS sempat merakam foto kenangan selepas LPM mengishtiharkan SK Taman Semarak, Nilai layak mendapat Band 4 " Band 6 kalo ada pun memang untuk SK Taman Semarak ". Seloroh Ustaz Hapizi pegawai LPM sambil ketawa. Tahniah Team PBS!
.


Published with Blogger-droid v2.0.10