Saturday 6 July 2013

Anda Bertanya, Team PBS Menjawab!


Assalamualaikum Sume :)
 Harap semua para pendidik telah bersedia membaca blog team PBS kali ni. Tak nak stress-stress tau! :)

Okey...hari ni team PBS telah dijemput memberi taklimat PBS di sebuah sekolah Senawang, Seremban, Negeri Sembilan. Guru-guru di sini ramai. Kalo tak silap dalam 100 lebih! Tapi tak pelah sebab team PBS pun memang diamanahkan untuk memberi penjelasan dan memudahkan semua guru di situ tentang permasalahan yang menyebabkan PBS tak dapat dijayakan.











Sepanjang berlangsungnya taklimat ini, didapati rata-rata guru menggunakan  DSP sebagai rujukan utama.! Eiiiiii!!! Salah tu cikgu!  Rujukan utama ialah DSK tau.  

DSP pula digunakan semasa kita nak buat Instrumen dan mentaksir murid. Itu jer! 
Selain itu, salah faham juga berlaku apabila guru-guru  menganggap bahawa mereka perlu membina Instrumen mengikut jumlah Deskriptor yang ada di dalam DSP. Kalo ada 100 Deskriptor, mesti ada 100 Instrumen bertulis???

Alahai.......sebab itulah guru-guru rasa terbeban dengan PBS kerana salah faham yang berlaku dalam pemikiran mereka. Mungkin anda juga begitu!

Team PBS cuba memudahkan fahaman anda. So, Ommu Humairah mencatat semua soalan yang diajukan sepanjang program ini dan menulis jawapan yang diberikan oleh Qaus Quzzah yang bertindak sebagai penceramah. Anda pun boleh membaca soalan2 yang diajukan. Manalah tau kot-kot membantu.. :)

1. Bolehkah menggunakan instrumen yang sama untuk semua murid?
 Tidak. Kerana murid berbeza aras dan kemahiran. Murid yang lemah tetapi ditaksir menggunakan instrumen yang aras tinggi, comfirm la mereka tak mampu jawab. Bila mereka tak mampu jawab, guru jadi stress sebab guru beranggapan bahawa semua murid mesti melepasi Band 1. Memang benar! Tetapi gunalah Instrumen yang sesuai dengan aras mereka dan taksirlah mereka mengikut kemahiran mereka. Itu baru adil. Logikkah sang monyet diajar menarik balak padahal kemahiran monyet ialah memanjat pokok? 

2. Bagaimana mentaksir murid LINUS?
Guru boleh guna konstruk LINUS @ membina instrumen mengikut iklim kelas. Kerana guru lebih kenal kekuatan dan kelemahan muridnya. Kaedah pengajaran juga perlu berubah dan pelbagai. Kaedah pengajaran yang sama antara kelas cerdik dan kelas LINUS hanya akan membingungkan murid.

3. Bagaimana status murid yang tidak dapat menjawab soalan bagi mana-mana  Deskriptor?
Murid dikira masih berada dalam Deskriptor yang sebelumnya. Contoh Murid telah melepasi B1 DLI E1 tetapi tidak melepasi B1 DL1 E2. Jadi status murid tetap di dalam B1 DL1 E1. Guru akan membimbing murid sehingga berjaya.

4. Bagaimana sekiranya murid lemah berjaya mendapat Band 6 sedangkan murid cerdik masih Band 4?
Tidak menjadi masalah kerana murid ditaksir mengikut kemahiran. Walaubagaimana pun perkara seperti ini mustahil berlaku kerana Instrumen yang di bina perlu berpandukan Sistem 9 point dan DSP.

Selain itu, tujuan guru membina Instrumen adalah untuk mencungkil kemahiran murid dan megukur kefahaman murid serta supaya murid dapat mengaplikasi kefahaman tersebut di dalam dan luar kelas. Instrument tidak di bina semata-mata untuk melayakkan murid mencapai Band tertinggi. Ini akan melahirkan modal insan yang tidak berkualiti.

5. Bolehkah guru menyambung  pentaksiran ke Band 5 bagi tahun berikutnya? Contoh : Tahun 2013 murid bernama Ali telah ditaksir sehingga Band 4. Tahun 2014 guru akan terus mentaksir Ali  dari Band 5 dan tidak bermula dengan Band 1?
Guru boleh berbuat demikian DENGAN SYARAT guru mesti mentaksir murid tersebut dari Band 1 terlebih dahulu dalam tahun semasa. Sekiranya murid tersebut melepasi kemahiran2 asas yang sepatutnya, murid itu layak untuk diuji atau ditaksir dengan aras yang lebih tinggi berdasarkan kemahiran dan pencapaian murid yang sedia ada.

6. Bolehkah instrumen di ambil dari buku latihan yang dijual di kedai2 buku?
Boleh. Tapi guru perlu meneliti Kod Deskriptor yang terdapat dalam buku tersebut dengan kehendak  DSP. Kalau betul dan menepati, silakanlah!

7. Adakah rekod transit dibina berdasarkan tajuk?
Terpulang pada kreativiti guru. Kalo di bina berdasarkan tajuk, akan menyebabkan lambakan kertas. So, rekod transit yang dibina berdasarkan kemahiran adalah lebih sistematik ( Bagi Subjek Bahasa )

8. Bagaimana murid tahun 6 dinilai untuk masuk ke sekolah menengah?
60% dinilai pada UPSR dan 40% dinilai dalam pencapaian  PBS dari murid tersebut berada dalam  tahun 1 - 6. 

9. Murid yang baru berpindah masuk, adakah akan ditaksir semula dari Band 1?
Tidak. Teruskan pentaksiran seperti biasa.

10. Bagaimana yang dimaksudkan murid berjaya melepasi Instrumen? Adakah dengan cara berjaya menjawab semua soalan atau bagaimana?
Wujudkan penyelarasan Skor. AJK, Unit Penyelarasan atau Panitia perlu tetapkan. Contoh : sekiranya murid berjaya menjawab 8 dari 10 soalan dalam Instrumen, maka murid dikira berjaya. Terpulang pada hasil perbincangan skor dalam Unit Penyelarasan di sekolah anda! ( Rujuk peranan dan tugas Unit Jaminan Kualiti Peringkat Dalaman). Kalo tak de, boleh dowload kat sini

11. Perlukah semua Deskriptor yang terdapat di dalam DSP dijadikan Instrumen bertulis?
Tidak. Sekiranya terdapat satu Deskriptor atau lebih Deskriptor yang boleh diintegrasikan @ digabungjalinkan  dalam 1 helai instrument, maka gabungkan saja. 

Apabila guru mengkaji dan memahami  kehendak dalam DSP, guru akan dapat mengenalpasti beberapa Deskriptor atau kod Eviden yang boleh diintegrasikan atau digabungjalinkan menjadi satu helaian Instrumen sahaja.

Contoh : Bahasa Melayu


Sekarang, perasan tak kod kat atas ni tak sama. Tapi kehendak kod tu hampir sama. So, tak yah la nak buat Instrumen bertulis sampai 2, 3 helai. Cukup satu helai Instrumen je.

Hah! Lagi satu. Kalo Instrumen Lisan pun nak dizahirkan juga ke? Tak yah la kan..Cukup Instrumen tu untuk simpanan guru. Tak perlu nak rezo pastu nak test setiap murid.. Memang la penat weh! Hehe...

Pastu bila murid tu dah melepasi kedua2 kod di atas, tulis je tarikh kat dalam rekod transit. Senang kan?... :)

So, cikgu boleh integrasikan kedua22 Deskriptor ni dalam SATU helai Instrumen sahaja. Faham tak ni? :)

Kesimpulan :

  1. Guru menjadi terbeban dengan PBS kerana tidak memahami konsep PBS. Guru terikat dengan fahaman bahawa Pentaksiran dan Pengajaran adalah dua perkara yang berlaku secara berasingan. 
  2. Guru terlalu mengejar Band. Padahal di dalam PBS, murid yang mengejar Band. Murid ada hak untuk diberitahu tentang PBS dengan kaedah yang paling mudah.
  3. Guru beranggapan bahawa semua Instrumen perlu dizahirkan secara bertulis. Hakikat sebenar ialah Intrumen boleh dilakukan berdasarkan pemerhatian, aktiviti seperti permainan, rakaman, menghasilkan projek dan sebagainya.
  4. Guru tidak mahu menukar teknik pengajaran dan masih menggunakan kaedah "chalk and talk".
  5. Guru menngunakan kaedah pengajaran yang sama pada semua murid dan kelas. Ini menyebabkan murid lemah tidak dapat mencapai Band.
Nasihat dan Pandangan :

  1. Team work sangat penting! Anda akan rasa terbeban jika anda tidak mengambil kata sepakat dengan rakan2 lain. 
  2. Yang paling penting GERAKKAN UNIT JAMINAN KUALITI KERANA IA ADALAH NADI PBS

Bukan niat team PBS untuk menyalahkan guru. Tidak! Diharap guru yang membaca terbuka hatinya untuk cuba memahami PBS sebelum menghukum PBS. Bertanyalah kepada yang pakar sekiranya berhadapan dengan masalah kurang faham. Bukankah Nabi Adam a.s juga berpesan :

"Sekiranya kamu tidak tahu tentang sesuatu perkara, maka bertanyalah kepada mereka yang tahu kerana aku ketika hendak makan buah khuldi, aku tidak bertanya terlebih dahulu kepada para Malaikat"

In sya Allah..lepas ni Team PBS akan buat tutorial tentang Step2 dalam Melaksanakan PBS. Kita akan buat dari awal ok?.. jangan stress2. Yakinlah.. Allah tu tak pernah kejam :)