Friday 29 March 2013

Salam Perkenalan Dari Team PBS


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Diharapkan blog ini mampu mengubah persepsi semua pembaca yang terlibat dan dapat memuntahkan ilmu yang diperolehi di sekolah masing-masing kerana warga pendidik tidak selayaknya menjadi pemerhati sepi panas atau sejuk dingin kerana anak didik sedang didera oleh masalah ilmu yang kontang. maka memberi ilmu kepada mereka pada saat ini adalah satu keperluan, bukan  kesukaran dijadikan alasan untuk berusaha tanpa henti.

PBS memang sukar diawal kemunculannya. Kerana itu kita perlu bergerak  dan terpaksa
bergerak juga. Dari susah kepada mudah, dari mudah kepada mempermudah, kitalah
yang akan menentukan kejayaan PBS di tempat sendiri, baik sebagai orang perseorangan
mahupun sebagai satu kumpulan. Kita bertanggung jawab menjayakannya.

Semoga kemunculan Blog Team PBS dapat membantu merungkai persoalan dan kemusykilan anda...